SAUDI ARABIA
12H10M UMRAH PREMIUM (MUSIM BIASA)
RM8,490 seorang (Bilik Ber-4)
KLIA - Madinah - Makkah - Jeddah - KLIA
HARI 1: KUALA LUMPUR – MADINAH
Jemaah dikehendaki berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) empat (4) jam sebelum waktu penerbangan bagi urusan daftar masuk, penyerahan dokumen perjalanan serta taklimat oleh wakil TM Tours & Travel. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, jemaah akan dibantu untuk urusan imigresen sebelum dibawa ke hotel penginapan untuk daftar masuk dan berehat.
HARI 2: MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah akan mengikuti program ziarah sekitar Masjid Nabawi secara berjalan kaki bersama mutawif. Antara lokasi yang akan diziarahi adalah: Saqifah Bani Sa'adah, Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakar As-Siddiq dan Perkuburan Al-Baqi'. Selepas selesai program ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 3: MADINAH
Jemaah akan menghadiri sesi ziarah ke Raudhah dan makam Rasulullah SAW mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Masa kemasukan bagi jemaah lelaki dan wanita adalah tertakluk kepada permit (Tashreh) yang diperoleh dan akan dimaklumkan oleh mutawif.
HARI 4: MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah akan mengikuti program ziarah luar Madinah yang meliputi beberapa lokasi bersejarah seperti: Jabal Uhud, Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Perkuburan Al-Baqi' (laluan ziarah). Jemaah turut berpeluang mengunjungi pusat jualan kurma sebelum kembali ke hotel.
HARI 5: MADINAH
Hari ini merupakan aktiviti bebas untuk jemaah memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi. Pada waktu yang ditetapkan, satu sesi tazkirah dan taklimat ibadah akan diadakan sebagai persediaan sebelum berangkat ke Makkah.
HARI 6: MADINAH - MAKKAH
Jemaah akan melaksanakan Ziarah Wada' sebelum meninggalkan Kota Madinah. Dalam perjalanan ke Makkah, jemaah akan singgah di Bir Ali untuk berniat ihram Umrah. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar masuk ke hotel penginapan. Mutawif akan membimbing pelaksanaan Umrah pertama sehingga selesai.
HARI 7: MAKKAH
Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram seperti solat berjemaah, tawaf sunat, membaca al-Quran dan berzikir.
HARI 8: MAKKAH
Hari ini diperuntukkan sepenuhnya untuk aktiviti ibadah di Masjidil Haram. Jemaah digalakkan memanfaatkan masa dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berdoa di tempat-tempat mustajab.
HARI 9: MAKKAH
Selepas sarapan pagi, jemaah akan mengikuti program ziarah luar Makkah yang meliputi: Jabal Thur, Padang Arafah, Muzdalifah & Mina. Setelah selesai lawatan, jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk berniat ihram bagi menunaikan Umrah kedua di bawah bimbingan mutawif.
HARI 10: MAKKAH
Jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat ihram bagi menunaikan Umrah ketiga. Jemaah boleh melaksanakan ibadah Umrah secara individu berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh mutawif.
HARI 11: MAKKAH - JEDDAH
Jemaah hendaklah menyempurnakan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Kota Makkah. Pada waktu yang ditetapkan, jemaah akan berkumpul di lobi hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
HARI 12: TIBA DI MALAYSIA
Jemaah dijangka tiba di Malaysia mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan. Semoga seluruh jemaah memperoleh Umrah yang mabrur serta membawa pulang pengalaman ibadah yang penuh keberkatan.
Additional Infomation
- Pakej:
12H10M (Sarapan Pagi Sahaja)
- Tarikh Perjalanan:
28 Oktober 2026
- Harga:
RM8,490 seorang (Bilik Ber-4)
RM9,190 seorang (Bilik Ber-3)
RM9,890 seorang (Bilik Ber-2)
- Penginapan Makkah:
Anwar Deafah / Mira Ajyad atau setaraf
(±) 350 meter dari perkarangan masjid.
- Penginapan Madinah:
Kayan / Artal International Hotel
(±) 200 - 250 meter dari perkarangan masjid.
Airlines
Hotel Accommodation
Hotel Details
- Penginapan Makkah:
Anwar Deafah / Mira Ajyad atau setaraf
(±) 350 meter dari perkarangan masjid.
- Penginapan Madinah:
Kayan / Artal International Hotel
(±) 200 - 250 meter dari perkarangan masjid.
Flight Schedule
Penerbangan antarabangsa pergi dan balik kelas ekonomi (transit atau penerbangan terus).
Departure Date
24-06-2026 (Wed)
01-07-2026 (Wed)
08-07-2026 (Wed)
15-07-2026 (Wed)
22-07-2026 (Wed)
29-07-2026 (Wed)
05-08-2026 (Wed)
10-08-2026 (Mon)
03-09-2026 (Thu)
10-09-2026 (Thu)
24-09-2026 (Thu)
30-09-2026 (Wed)
07-10-2026 (Wed)
13-10-2026 (Tue)
21-10-2026 (Wed)
28-10-2026 (Wed)
Package Pricing
ADULT TWIN
RM 9,890
RM 9,890
ADULT SINGLE
RM 8,490
RM 8,490
CHILD W/BED
N/A
CHILD NO BED
N/A
IMPORTANT NOTES
KEISTIMEWAAN PAKEJ
- Mutawwif Berpengalaman
- Bilik Penginapan
- 3 kali Umrah
- Ziarah sekitar Makkah & Madinah
- Insurans Berkelompok
- Visa & Tiket Penerbangan
- Set barangan keperluan Umrah
- Hidangan Full Board
AKTIVITI
- Tazkirah dan makan malam di Ladang Kurma Reef di Madinah dan makan malam di Padang Muzdalifah di Makkah.
- Pergi ke Masjid Quba sebanyak 3 kali
- Segala perubahan tarikh, penerbangan hotel dan harga pakej adalah bergantung pada keadaan semasa dan pertukaran matawang.
- Penginapan hotel adalah tertakluk kepada kekosongan bilik semasa tempahan dibuat dan tiada blok bilik disediakan.
- Tertakluk kepada terma dan syarat TM Tours & Travel (TMTT).
CANCELLATION
- All rates quoted are subject to change without prior notice.
- Reservation will be confirmed upon acknowledgment from customer.
- Hotel confirmation is subject to availability at the time of booking.
- Deposit (RM100) paid is non-refundable after booking is made.
- Any change of date is subject to current package price.
- Full payment must be made before the promotion due date.
- High season surcharges will be advised when applicable.
- Full payment must be received at least 90 days before departure. Failure to do so may result in automatic cancellation and forfeiture of deposit.