Jom Sembang!
SAUDI ARABIA

12H10M UMRAH KUBRA (KOLABORASI BERSAMA FARHAN TRAVEL & TOURS)

RM8,290 seorang (Bilik Ber-4)

  KLIA - Madinah - Makkah - Jeddah - KLIA

HARI 1: KUALA LUMPUR - MADINAH

Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 1 empat (4) jam sebelum waktu
pelepasan, tertakluk kepada sebarang perubahan. Urusan daftar masuk
serta taklimat akan dikendalikan oleh pihak TMTT. Penerbangan berlepas
dari KLIA mengikut jadual yang ditetapkan dan tiba di Madinah pada
waktu tempatan Arab Saudi. Setelah selesai urusan imigresen, jemaah
akan disambut oleh wakil TMTT dan dibawa ke hotel penginapan di
Madinah.

HARI 2: MADINAH

Ziarah sekitar Masjid Nabawi secara berjalan kaki. Antara lokasi yang
akan dilawati ialah Saqifah Bani Saadah, Masjid Ghumamah, Masjid Abu
Bakar dan Perkuburan Baqi’.

 

HARI 3: MADINAH

Ziarah makam Rasulullah SAW dan Raudhah. Waktu kemasukan Raudhah bagi jemaah lelaki dan wanita akan dimaklumkan oleh mutawwif melalui aplikasi Tashrih / Nusuk.

 

HARI 4: MADINAH

Ziarah luar Kota Madinah meliputi Perkuburan Baqi’ (laluan dan doa
sahaja), Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan
Pasar Kurma. Selepas Solat Asar, jemaah akan berkumpul di lobi hotel
sebelum dibawa menikmati makan malam di Ladang Kurma Reed. Jemaah juga akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta mengikuti slot tazkirah bersama pembimbing. Sila bawa spray wuduk dan sejadah.

HARI 5: MADINAH

Acara bebas. Aktiviti tambahan pada waktu malam disediakan dengan
bayaran tambahan bagi jemaah yang berminat menikmati pemandangan
indah seluruh Kota Madinah dari puncak Jabal Uhud. Tempahan boleh
dibuat melalui pihak pengurusan dengan harga bermula dari SR85
seorang (minimum 7 peserta).

HARI 6: MADINAH - MAKKAH

Jemaah akan melaksanakan ziarah wada’ bersama mutawwif atau ketua
kumpulan sebelum bertolak ke Makkah. Dalam perjalanan, jemaah akan
singgah di Bir Ali untuk berniat ihram umrah. Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk ke hotel penginapan. Umrah pertama akan dibimbing sepenuhnya oleh mutawwif.

HARI  7: MAKKAH

Acara bebas untuk para jemaah.

HARI 8: MAKKAH

Ziarah luar Kota Mekah meliputi Jabal Thur, Padang Arafah, Muzdalifah
dan Mina. Jemaah juga berpeluang berniat ihram di Ja’ranah untuk
menunaikan Umrah Kedua dengan bimbingan mutawwif atau ketua
kumpulan. Selepas Solat Asar, jemaah akan berkumpul di lobi hotel untuk
makan malam di Muzdalifah. Solat Maghrib dan Isyak akan dilaksanakan
secara berjemaah di sana, diikuti slot tazkirah bersama pembimbing. Sila
bawa spray wuduk dan sejadah.

 

HARI 9: MAKKAH

Acara bebas. Aktiviti tambahan “Ekspedisi Mendaki Gua Hira’” turut
disediakan pada waktu malam dengan bayaran tambahan. Aktiviti ini
sesuai dilakukan pada waktu malam kerana cuaca yang lebih sejuk.
Jemaah juga berpeluang menunaikan Solat Subuh secara berjemaah di
kawasan Gua Hira’. Tempahan boleh dibuat melalui pihak pengurusan
dengan harga bermula dari SR50 seorang.

HARI 10: MAKKAH

Jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat ihram bagi
Umrah Ketiga. Sebelum ke Masjid Hudaibiyah, jemaah akan dibawa
melawat Muzium Al Mouhdi yang menyimpan pelbagai khazanah lama
serta singgah di Wadi Berkat untuk persiapan dan pertukaran pakaian
ihram sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiyah. Ibadah
umrah akan dilakukan secara persendirian oleh jemaah.

 

HARI 11: MAKKAH - JEDDAH

Jemaah akan melaksanakan Tawaf Wada’ sebelum berangkat pulang.
Tawaf hendaklah dilakukan pada waktu yang bersesuaian dan jemaah
diwajibkan memakai pakaian ihram ketika melaksanakan Tawaf Wada’ di
Masjidil Haram. Selepas selesai Tawaf Wada’, jemaah akan berkumpul di
lobi hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk
penerbangan pulang ke Malaysia.

HARI 12: KLIA

Jemaah tiba di Malaysia.

 

Additional Infomation
  • Pakej:
    12H10M (Full Board)
     
  • Tarikh Perjalanan:
    09 Disember 2026
     
  • Harga:
    RM8,290 seorang (Bilik Ber-4)
    RM8,990 seorang (Bilik Ber-3)
    RM9,990 seorang (Bilik Ber-2)

     
  • Penginapan Makkah:
    Mira Ajyad atau setaraf
    (±) 350 meter dari perkarangan masjid.
     
  • Penginapan Madinah:
    Kayan / Artal International Hotel
    (±) 200 - 250 meter dari perkarangan masjid.
  Airlines
  Hotel Accommodation

  Hotel Details

Makkah
Mira Ajyad Hotel atau setaraf
(±) 350 meter dari perkarangan masjid.

Madinah
Kayan / Artal International atau setaraf
(±) 200 - 250 meter dari perkarangan masjid.

  Flight Schedule

Penerbangan antarabangsa pergi dan balik kelas ekonomi (transit atau penerbangan terus).

  Departure Date

09-12-2026 (Wed)

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2026    SAVE RM 0
ADULT TWIN

RM 9,990

RM 9,990

ADULT SINGLE

RM 8,290

RM 8,290

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES
  • KEISTIMEWAAN PAKEJ
  • Mutawwif Berpengalaman
  • Bilik Penginapan
  • 3 kali Umrah
  • Ziarah sekitar Makkah & Madinah
  • Insurans Berkelompok
  • Visa & Tiket Penerbangan
  • Set barangan keperluan Umrah
  • Hidangan Full Board

AKTIVITI

  • Tazkirah dan makan malam di Ladang Kurma Reef di Madinah dan makan malam di Padang Muzdalifah di Makkah.
  • Pergi ke Masjid Quba sebanyak 3 kali

     

  • Segala perubahan tarikh, penerbangan hotel dan harga pakej adalah bergantung pada keadaan semasa dan pertukaran matawang.
  • Penginapan hotel adalah tertakluk kepada kekosongan bilik semasa tempahan dibuat dan tiada blok bilik disediakan.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat TM Tours & Travel (TMTT).
DEPOSIT & TOUR PAYMENTS
  • Semua harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  • Tempahan akan disahkan selepas mendapat pengesahan daripada pelanggan.
  • Pengesahan hotel adalah tertakluk kepada kekosongan semasa tempahan dibuat.
  • Deposit sebanyak RM100 yang telah dibayar tidak akan dikembalikan selepas tempahan dibuat.
  • Sebarang pertukaran tarikh adalah tertakluk kepada harga pakej semasa.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum tarikh akhir promosi.
  • Caj tambahan musim puncak akan dimaklumkan sekiranya berkenaan.
  • Bayaran penuh hendaklah diterima sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh berlepas. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tempahan dibatalkan secara automatik dan deposit akan dilucutkan.
CANCELLATION
  • Sebarang pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis atau melalui emel kepada TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
  • Proses pemulangan wang mengambil masa sekitar 21 hingga 31 hari bekerja daripada tarikh emel diterima bersama maklumat lengkap.
  • Pemulangan wang adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan pihak syarikat penerbangan dan pengendali darat.
  • Pemulangan penuh hanya akan dipertimbangkan sekiranya berlaku kematian, tertakluk kepada dokumen sokongan yang berkaitan.
SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By