Jom Sembang!
CHINA

8D6N KEMBARA CHINA - INNER MONGOLIA (APM)

Bersama Presiden China Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) | Kembara - Ilmu - Budaya - Refleksi

  Bersama Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

HARI 1: KUALA LUMPUR - BEIJING

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada waktu petang.

HARI 2: BEIJING (L/D)

Tiba di Beijing pada waktu pagi dan disambut oleh pemandu pelancong di lapangan terbang. Lawatan diteruskan ke: Dataran Tiananmen dan Kota Larangan / Forbidden City (ditutup setiap hari Isnin). Makan tengah hari dan solat di Masjid Nandouya sebelum menikmati pertunjukan akrobatik. Makan malam dan daftar masuk hotel. Penginapan: Hotel Tempatan 4? Beijing Lanwan International atau setaraf.

HARI 3: BEIJING - HOHHOT - XILAMUREN GRASSLAND BY BULLET TRAIN (B/L/D)

Bertolak ke Hohhot dengan kereta api laju (tempat duduk kelas kedua). Setibanya di sana, makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Padang Rumput Xilamuren. Antara aktiviti menarik: Lawatan ke rumah keluarga Mongolia tempatan, Memakai pakaian tradisional Mongolia untuk sesi fotografi bersama anak kambing, Aktiviti memanah dan Pesta unggun api dan pertunjukan bunga api. Penginapan: Yurt Tradisional Inner Mongolia.

HARI 4: GRASSLAND - HOHHOT - ORDOS (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, bertolak kembali ke Hohhot dan melawat: Dataran Genghis Khan dan Masjid Besar Hohhot. Makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Ordos (±2.5 jam perjalanan). Makan malam dan daftar masuk hotel. Penginapan: Hotel Tempatan 4? Shangjing atau setaraf.

 

HARI 5: ORDOS - GOBI DESERT - HOHHOT (B/L)

Bertolak ke Taman Padang Pasir Ordos untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti: Kereta kabel padang pasir, Menunggang unta, Luncur pasir dan Kereta lasak padang pasir. Makan tengah hari dan solat sebelum bertolak pulang ke Hohhot (±2.5 jam perjalanan). Lawatan diteruskan ke: Taman Budaya Etnik Mengliang, Kuanxiangzi Muslim Food Street dan Pasar Borong Xianghe. Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri. Penginapan: Hotel Tempatan 4? Xiangtai atau setaraf.

HARI 6: HOHHOT - BEIJING BY BULLET TRAIN (B/L/D)

Bertolak ke Beijing dengan kereta api laju (tempat duduk kelas kedua). Setibanya di Beijing: Solat di Masjid Deshengmen, Lawatan ke Istana Musim Panas, Lawatan ke Pusat Perubatan Herba dan Bergambar di Bird’s Nest & Water Cube. Makan malam dan daftar masuk hotel. Penginapan: Hotel Tempatan 4? Beijing Lanwan International atau setaraf.

HARI 7: BEIJING (B/L/D)

Lawatan ke: Tembok Besar China – Seksyen Juyongguan, Pusat Krim Terapi, Masjid Fayuan untuk makan tengah hari dan solat, Kilang Jed dan Pasar Hongqiao. Makan malam dan kembali ke hotel. Penginapan: Hotel Tempatan 4? Beijing Lanwan International atau setaraf.

HARI 8: BEIJING - KUALA LUMPUR (B)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan kenangan indah sepanjang percutian.

  Airlines
MALAYSIA AIRLINES
  Hotel Accommodation

  Hotel Details

  1. Hotel tempatan 4? Beijing Lanwan International atau setaraf.
  2. Yurt Tradisional Inner Mongolia.
  3. Hotel tempatan 4? Shangjing atau setaraf.
  4. Hotel tempatan 4? Xiangtai atau setaraf.
  5. Hotel tempatan 4? Beijing Lanwan International atau setaraf.

  Flight Schedule

MH318 14SEP KULPKX 2340 #0600

  Departure Date

14-09-2026 (Mon)

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2026    SAVE RM 0
ADULT TWIN

RM 5,490

RM 5,490

ADULT SINGLE

N/A

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES
  • Pakej: 8H6M (Full Board)
  • Tarikh Perjalanan: 14 September 2026
  • Harga: RM5,490 seorang


Keistimewaan Program

Menjejaki keunikan Beijing, Tembok Besar China dan Inner Mongolia, serta destinasi warisan terpilih dengan perspektif ilmiah dan kemanusiaan. Pengalaman berbeza daripada pakej pelancongan biasa. Ilmu disampaikan secara santai, berjiwa dan inklusif. Pakej terbaik untuk semua lapisan.

  • Atur cara lawatan tertakluk kepada perubahan bergantung kepada jadual penerbangan, keadaan trafik dan cuaca semasa.
  • Penginapan hotel adalah tertakluk kepada kekosongan bilik semasa tempahan dibuat dan tiada blok bilik disediakan.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat TM Tours & Travel (TMTT).
DEPOSIT & TOUR PAYMENTS
  • Semua harga yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  • Tempahan akan disahkan selepas mendapat pengesahan daripada pelanggan.
  • Pengesahan hotel adalah tertakluk kepada kekosongan semasa tempahan dibuat.
  • Deposit sebanyak RM100 yang telah dibayar tidak akan dikembalikan selepas tempahan dibuat.
  • Sebarang pertukaran tarikh adalah tertakluk kepada harga pakej semasa.
  • Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum tarikh akhir promosi.
  • Caj tambahan musim puncak akan dimaklumkan sekiranya berkenaan.
  • Bayaran penuh hendaklah diterima sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh berlepas. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tempahan dibatalkan secara automatik dan deposit akan dilucutkan.
CANCELLATION
  • Sebarang pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis atau melalui emel kepada TM Tours & Travel Sdn. Bhd.
  • Proses pemulangan wang mengambil masa sekitar 21 hingga 31 hari bekerja daripada tarikh emel diterima bersama maklumat lengkap.
  • Pemulangan wang adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan pihak syarikat penerbangan dan pengendali darat.
  • Pemulangan penuh hanya akan dipertimbangkan sekiranya berlaku kematian, tertakluk kepada dokumen sokongan yang berkaitan.
SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By