Jom Sembang!
MALAYSIA

3D2N KEMBARA TAMAN NEGARA (APM)

  Bersama Prof. Dr. Maketab Mohamed

HARI 1:  

  • Tiba di Taman Negara Kuala Tahan, daftar masuk penginapan dan aktiviti bebas.

  • Makan tengah hari dan makan malam disediakan.

  • Pada waktu malam, peserta akan menyertai aktiviti Night Walk untuk meneroka suasana malam hutan hujan tropika bersama pemandu pelancong berpengalaman. Peserta berpeluang menikmati bunyi alam semula jadi serta melihat pelbagai serangga dan haiwan malam seperti kelip-kelip, burung hantu dan hidupan kecil lain.

HARI 2:  

  • Sarapan pagi disediakan.

  • Aktiviti pagi dimulakan dengan Jungle Trekking ke Bukit Teresek yang terletak kira-kira 1.7KM dari permulaan trek. Perjalanan ke puncak mengambil masa sekitar 30–45 minit bergantung kepada tahap kecergasan peserta.

  • Dari puncak Bukit Teresek, peserta dapat menikmati pemandangan indah hutan hujan menghijau serta Gunung Tahan sekiranya cuaca mengizinkan. Kawasan ini juga kaya dengan flora dan fauna yang menarik.

  • Canopy Walk - Taman Negara. Makluman: Berdasarkan semakan terkini bersama pihak Taman Negara, aktiviti Canopy Walk masih ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja pembaikan. Sebarang perkembangan atau tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan Taman Negara.

  • Makan Tengahari

  • Aktiviti petang: Peserta akan menyertai aktiviti Rapid Shooting, iaitu pengalaman menaiki bot menyusuri sungai berarus deras sambil melalui beberapa jeram yang mencabar. Aktiviti ini memberikan pengalaman yang mendebarkan, menyeronokkan dan pastinya membasahkan para peserta.

  • Seterusnya, lawatan ke perkampungan orang asli akan memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan komuniti Orang Asli suku Batek, salah satu etnik pribumi di Malaysia. Peserta dapat mempelajari cara hidup tradisional mereka serta menyaksikan demonstrasi membuat api dan penggunaan sumpit. Jika lawatan diadakan di Kampung Jeram Dedari, peserta juga berpeluang menyaksikan pertunjukan blow pipe shooting.

  • Selepas aktiviti selesai, peserta akan kembali ke penginapan untuk berehat, menikmati aktiviti bebas dan makan malam.

 HARI 3:  

  • Sarapan pagi disediakan di penginapan diikuti dengan aktiviti bebas untuk para peserta.

  • Seterusnya, proses check-out penginapan akan dilakukan sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh kenangan indah dari Taman Negara Kuala Tahan.

  Airlines
  Hotel Accommodation

  Hotel Details

Asia Kem Resort Kuala Tahan

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2026    SAVE RM 0
ADULT TWIN

RM 620

RM 620

ADULT SINGLE

N/A

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES
  • Pakej: 3H2M (Full Board)
  • Tarikh Perjalanan: 26 Jun 2026
  • Harga: RM620 seorang
SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By