IRAQ

12D10N IRAQ (KUDISTAN) PERMULAAN TAMADUN

SHARJAH AIRPORT → BAGHDAD → BABYLON → KARBALA → KUFA → NAJAF→ CHUBAISYH → BASRAH → SAMARA → SULAYMANIYAH → DUKAN LAKE → ERBIL

HARI 01 : KUALA LUMPUR (KLIA)

Berkumpul di KLIA, pada jam 11:50 malam untuk urusan bagasi, pengeluaran boarding pass serta taklimat.

HARI 02 : KUALA LUMPUR → SHARJAH AIRPORT → BAGHDAD (MT/MM) 

Berlepas ke Sharjah Airport pada jam 2:50 pagi. Tiba di Sharjah Airport pada jam 6:25 pagi. Transit sebentar. Kita akan meneruskan penerbangan ke Baghdad Airport pada jam 9:40 pagi dan tiba di Baghdad Airport pada jam 11:15 pagi. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, kita akan berjumpa dengan tour guide dan makan tengahari. Kita melawat ke Kubur Shiekh Al Maarof Al-Karhi. Kemudian, kita dibawa melawat ke Maqam Nabi Yusha Bin Nun, Sheikh Bahlul, Sheikh Al-Junaid Al – Baghdadi. Pulang ke hotel. Shopping di Bazar Al-Khadimiah. Makan malam dan bermalam di Baghdad.

HARI 03 : BAGHDAD FULL DAY TOUR (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel. Kita menuju ke Makam Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani beliau merupakan seorang ketua wali pada zamannya yang menyampaikan ajaran Ahli Sunnah. Selepas itu, melawat di Gerbang Ctesiphon (tagkisra) adalah sebuah kota purba, terletak di tebing timur Tigris, dan kira-kira 35 kilometer tenggara Baghdad. Ia juga binaan batu bata terbesar di dunia. Ctesiphon berkhidmat sebagai ibu kota kerajaan Empayar Parsi di zaman Parthian dan Sasanian selama lebih dari lapan ratus tahun. Lawatan seterusnya ke kompleks dan Makam Salman Al Farisi. Disitu terdapat kubur sahabat Nabi Salman Al Farisi, Huzaifah Al-Yamani, Abdullah Bin Jabir dan Piut Nabi Syed Tahir Bin Muhamad Bakir Bin Ali Zainal Abidin Bin Saidina Ali. Makan tengahari. Shopping di Baghdad Mall / Babylon Mall. Makan malam dan bermalam di Baghdad.

HARI 04: BAGHDAD FULL DAY TOUR (SP/MT/MM))

Sarapan pagi di hotel. Kita ke Masjid dan Makam Imam Abu Hanifa (pengasas mazhab hanafi) dan juga Makam Imam Ahmad Bin Hambal (pengasas mazhab hambali) merupakan salah satu masjid Sunni yang paling terkenal di Baghdad, Iraq. Makan malam dan bermalam di Baghdad.

 

HARI 05 : BAGHDAD – BABYLON – KARBALA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan check out. Kita akan bertolak ke Karbala. Dalam perjalanan ke Basrah, kita melawat di Old City Babylon adalah kerajaan utama di Mesopotamia kuno dari abad ke-18 hingga ke-6 SM. Ibu kota yang memberi nama itu dibina di atas Sungai Eufrat dan dibahagikan kepada bahagian yang sama di sepanjang tebing kiri dan kanannya. Kita juga akan melawat ke Istana Saddam Hussin (jika dibenarkan masuk) dan Amphitheatre. Tiba di Karbala, check in hotel, makan malam dan bermalam di Karbala.

HARI 06 : KARBALA → KUFA → NAJAF (SP/MT/MM)

Sarapan pagi. Bertolak Kufa, ia merupakan bandar di Iraq. Bandar ini adalah ibu kota terakhir Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Ali Ibn Abi Talib, dan ditubuhkan pada tahun 639 CE (17 Hijrah) oleh Khalifah A-Rasyidin kedua, Umar Ibn Al-Khattab. Ziarah rumah asal Saidina Ali yang pernah diduduki oleh Nabi Nuh as. Di dalamnya terdapat telaga Saidina Ali dan bilik anak-anaknya. Kita juga dibawa melawat Masjid Kufa tempat Saidina Ali ditikam oleh Abdul Rahman Bin Muljam. Di dalam masjid itu juga terdapat Kubur Muslim Bin Aqil, Hani Bin Urwah dan Sheikh Mukhtar Al – Saqafi. Kemudian, bergerak ke Najaf melawat Masjid dan Kubur Saidina Ali. Disitu terdapat 6 juta tanah perkuburan yang terbesar di dunia (Wadi As-salam) antaranya terdapat Makam Nabi Hud dan Nabi Saleh. Makan malam dan bermalam di Karbala.

 

HARI 07 : KARBALA → CHUBAISYH → BASRAH (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan check out. Kita bertolak ke Chubaisyh. Kita dibawa menaiki boat mengelilingi Kampung Chubaisyh. Makan tengahari di dalam rumah lama tamadun Sumeria. Bertolak ke Basrah. Makan malam, check in hotel dan bermalam di Basrah.

 

HARI 08 : BASRAH FULL DAY TOUR  (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Kita menuju ke Shatt Al-Arab sungai di tenggara Iraq, dibentuk oleh pertemuan sungai Tigris dan Euphrates di bandar Al-Qurnah. Kemudian, melawat Bandar Lama Basrah. Selepas itu, kita akan ke ziarah Zubayr Ibn Al-Awwam – adalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan merupakan salah seorang "mubasyirin bil-jannah" (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga) serta berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.Talhah Ibn Ubaidillah – merupakan salah satu di antara para sahabat yang terawal masuk Islam dan juga merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang telah dijamin oleh Rasulullah SAW bagi mereka memasuki syurga tanpa perlu dihisab. Kedudukannya terletak selepas Sayyidina Ali. Abu Sa'id al-Hasan Ibn Abi-l-Hasan Yasaral-Basri – ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim. Rabiah Al-Adawiyah Rabi'ah Basri – adalah seorang sufi wanita yang dikenal kerana kesucian dan kecintaannya terhadap Allah. Imam Anas Bin Malik Beliau merupakan sahabat Nabi yang paling lama hidup, meninggal dunia 93 tahun selepas Hijrah (kira-kira 711 Masihi). Muhammad Ibn Sirin – ialah seorang tabi'in yang lahir pada abad kelapan Masihi, dan merupakan sahabat kepada Anas Bin Malik. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pentafsir mimpi. Seterusnya, Basrah Mall dan makan malam. Bermalam di Basrah.

 

HARI 09 : BASRAH AIRPORT – BAGHDAD – SAMARA – SULAYMANIYAH (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan check out.akan ke airport basrah pada jam 4.30 pagi dan tiba di baghdad airport akan teuskan perjalanan ke Sulaymaniyah, kita Masjid Agung Samarra[1] ialah sebuah masjid abad ke-9 yang terletak di Samarra, Iraq. Pembinaan masjid ini dimulakan dalam tahun 848 M dan diselesai dalam tahun 851 oleh khalifah Abbasiyah, Al-Mutawakkil, yang memerintah di Samarra dari tahun 847 sehingga tahun 861. Check in hotel, makan malam dan bermalam di Sulaymaniyah.

 

 HARI 10 :SULAYMANIYAH FULL DAY TOUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Sulaymaniyah merupakan sebuah bandar besar di Kurdistan yang terletak di bahagian timur Kurdistan, Iraq. Kita memulakan lawatan ke Amna Suraka, Red Museum di tengah Sulaymaniyah pernah ada sebuah Bangunan Keselamatan Kerajaan, yang digelar Amna Suraka atau "The Red Security”, yang digunakan sebagai penjara sementara. Di sinilah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, pernah menghantar orang Kurdis untuk diseksa. Kemudia, kita ke Gunung Goizha ialah bukit terdekat di luar Sulaymaniyah dan tempat yang popular untuk penduduk tempatan berkelah atau melihat matahari terbenam. Selepas itu, kita dibawa menuju ke Air Terjun Ahmad Awa dan
Pasar Tempatan Sulaymaniyah. Makan malam dan bermalam di Sulaymaniyah.

 

 HARI 11 :SULAYMANIYAH – DUKAN LAKE – ERBIL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan check out. Dalam perjalanan ke Erbil, kita akan berhenti sebentar di Tasik Dukan sebuah tasik di Wilayah Kurdistan, Iraq. Ia terletak berhampiran dengan bandar Ranya, dan merupakan takungan di Little Zab yang dicipta oleh pembinaan Empangan Dukan. melawat Masjid Jalil Khayat masjid Islam Sunni di Erbil. Masjid itu dimulakan oleh Jalil Khayat yang meninggal dunia pada tahun 2005, dan ia telah disiapkan pada tahun 2007 oleh anak lelakinya sebagai mengenang bapa mereka. Kemudian, kita ke Bazaar Qaysari. Makan malam dan bermalam di Erbil.

  

HARI 12 : ERBIL - SHARJAH AIRPORT – KUALA LUMPUR (KLIA) (SP)

Sarapan pagi di hotel dan check out. Kita dibawa melawat tempat yang terakhir sebelum pulang iaitu Benteng Erbil secara tempatan dipanggil Qelat yang bermaksud timbunan batu atau bukit yang diduduki. Ia pusat bandar bersejarah Erbil di Wilayah Kurdistan, Iraq. Benteng itu telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia sejak 21 Jun 2014. Lawatan terakhir sebelum bertolak ke airport kita ke Dataran Erbil – Sami Abdulrahman. Bergerak ke Erbil Airport untuk penerbangan ke Sharjah pada jam 2:20 petang dan tiba di Sharjah Airport pada jam 5:50 petang. Transit sebentar di Sharjah. Penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9:45 malam.

 

HARI 13 : KUALA LUMPUR (KLIA)

Penerbangan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 8:40 pagi.

  Airlines
  Hotel Accommodation

  Departure Date

04-11-2025 (Tue)

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2025    SAVE RM 100
ADULT TWIN

RM 12,880

RM 12,980

ADULT SINGLE

N/A

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES

NOTA PENTING :
• Sila pastikan telah menerima sepenuhnya 2 suntikan Dos vaksin (sinovac/pfizer/astra zeneca)
• Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline.
• Sebarang naik taraf seat penerbangan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
• Perjalanan aturcara tertakluk kepada perubahan semasa.
• Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
• Pihak TM Tours & Travel Sdn Bhd berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik.
• Sekiranya berlaku, pihak Intifada Travel tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
• Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa.
• Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Intifada boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.
• Sebarang pembatalan atau menarik diri dari menyertai tour perlu dilakukan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan. Administration fees akan dikenakan untuk setiap pembatalan.

DEPOSIT & TOUR PAYMENTS

PROSES PENDAFTARAN :

  • Borang Pendaftaran
  • Gambar latar putih -3 keping
  • Salinan IC & Passport Dalam Pdf (Jelas & Berwarna)
  • Deposit RM1,000/seorang
SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By