9D7N PAKEJ MUSLIM JELAJAH BUMI SOVIET RUSIA
RUSSIA

9D7N PAKEJ MUSLIM JELAJAH BUMI SOVIET RUSIA

MOSCOW → KAZAN → ST. PETERSBURG

HARI 1: AIRPORT KUALA LUMPUR → AIRPORT ASHGABAT → AIRPORT MOSCOW (D) 

Berkumpul di tingkat 5, Departure Terminal, KLIA pada jam 0100 pagi untuk urusan check-in bagasi dan akan berlepas ke Moscow melalui Ashgabat pada jam 0440 pagi dengan menaiki Turkmenistan Airline. Tiba di Ashgabat pada jam 1010 pagi. Transit sebentar di Ashgabat sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Moscow. Bertolak ke Moscow pada jam 1520 petang dan tiba pada jam 1740 malam. Selesai urusan imigresen dan ambil bagasi, kita akan berjumpa dengan tour guide disana. Selepas itu, kita akan bergerak ke hotel. Tiba di Hotel, check-in dan berehat. Bermalam di Moscow.

HARI 2: MOSCOW (B/L/D)

Selepas sarpaan pagi, kita akan dibawa melawat Red Square, adalah dataran Moscow yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Red Square juga merupakan ikon kota bersejarah Moscow di Rusia dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1990. Selepas itu, kita akan dibawa ke The Victory Park, Ia diasaskan pada tahun 1945 untuk menandakan kemenangan Berikat dalam Perang Dunia II ke atas Nazi Jerman. Seterusnya, kita akan ke The White House, sebelum ini dikenali sebagai House of Soviets of Russia, ialah sebuah bangunan kerajaan di Moscow. Bangunan ini berfungsi sebagai pejabat utama kerajaan Rusia dan merupakan tempat kerja rasmi Perdana Menteri Rusia. Selepas makan tengahari kita akan dibawa ke Cathedral Mosque, yang merupakan masjid utama di Moscow. Kemudian, kita akan dibawa melawat sekitar Metro Moscow, ia terkenal dengan kecantikkan stesen tersebut. Setiap satu daripada 258 stesen adalah karya seni dengan tema dan reka bentuk tersendiri, menjadikan setiap stesen itu unik. Metro ini juga membawa berjuta-juta penumpang setiap hari, Metro Moscow ialah sistem metro ke-8 terbesar di dunia dan yang terbesar di luar China. Selepas makan malam, kitsa akan bergerak ke hotel untuk berehat. Bermalam di Moscow.

HARI 3: MOSCOW (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, kita akan dibawa melawat Moscow Kremlin adalah sebuah kompleks diperkaya di pusat Moscow dalam kompleks ini adalah Istana Grand Kremlin yang dahulunya kediaman Tsar di Moscow. Disini Jemaah akan dibawa melawat The Catheral of Christ the Savior adalah gereja Kristian Ortodoks tertinggi di dunia. Selesai lawatan di Moscow Kremlin, kita akan dibawa ke Gorky Park, taman Moscow yang paling terkenal, dicipta semasa zaman Soviet sebagai hab untuk aktiviti santai dan kebudayaan. Selesai semua lawatan kita akan bergerak untuk makan malam dan pulang ke hotel. Bermalam di Moscow.

HARI 4: MOSCOW  → KAZAN (Penerbangan Domestik) (B/L-lunch box/D) 

Selepas sarapan pagi dan check-out hotel, kita akan dibawa ke Zaryadye Park sebelum bertolak ke Lapangan Terbang. Zaryadye Park merupakan taman umum pertama yang dibangun di Moscow selama lebih dari 50 tahun. Selesai lawatan, kita akan dibawa ke Lapangan Terbang Domestik untuk penerbangan ke Kazan. Tiba di Airport, urusan check-in bagasi dan pengeluaran boarding pass. Berlepas ke Kazan pada jam 1510 dan tiba pada jam 1645. Tiba di Kazan, bergerak ke restoran untuk makan malam. Bermalam di Kazan.

HARI 5: KAZAN (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, kita akan dibawa melawatsekitar Kremlin Kazan, menempatkan bangunan-bangunan utama kerajaan silam. Lawatan dimulakan ke Masjid Kul Sharif, ia terletak di wilayah Kazan Kremlin, merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Masjid Kul Sharif adalah salah satu masjid terbesar di Eropah dan masjid utama Kazan. Ia adalah tempat ibadat terbesar di Eropah, dan berfungsi sebagai rumah bagi koleksi buku kuno.Selepas itu, kita akan ke Muzium National Tatarstan yang merupakan salah satu muzium tertua di Rusia. Kemudian kita akan dibawa melihatsekitar Old Tatar Settlement, disini kita berpeluang melihat keadaan Kazan pada abad 18-19. Setiap bangunan atau rumah disini melambangkan tentang sejarah dan masyarakat Tartar dahulu. Seterusnya, kita akan dibawa berjalan di sekitar Bauman Street. Selesai lawatan, pulang ke hotel. Bermalam di Kazan.

HARI 6: KAZAN → ST.PETERSBURG (Penerbangan Domestik) (B/L-lunch box/D) 

Selepas sarapan pagi dan check-out hotel. Kita akan bergerak ke Lapangan Terbang Kazan untuk penerbangan ke St.Petersburg. Tiba di airport, urusan check-in bagasi dan menyerahkan boarding pass. Berlepas ke St.Petersburg pada jam 12:55 tengahari dan tiba pada jam 3:00 petang. Selesai urusan pengambilan bagasi, kita akan dibawa melawat sekitar Bandar St.Petersburg. Lawatan kita akan dimulakan dengan ke Katherdral Peter & Paul, merupakan mercu tanda yang pertama dan tertua di St.Petersburg. Selepas itu, kita akan dibawa melawat Masjid St.Petersburg, dibuka pada tahun 1913, adalah masjid terbesar di Eropah di Rusia, menara yang tinggi 49 meter dan kubahnya tinggi 39 meter. Masjid ini terletak di pusat bandar St Petersburg. Ia boleh menampung sehingga lima ribu jemaah. Selesai lawatan, terus bergerak ke hotel untuk check-in. Bermalam di St.Petersburg.

HARI 7: ST.PETERSBURG (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, Makan tengahari di restoran tempatan. Meneruskan lawatan ke Istana Peterhof (Petrodvorez),salah satu siri istana dan taman- taman yang terletak di Petergof, Saint Petersburg, Rusia, yang diletakkan pada perintah Peter the Great. Istana dan taman-taman ini kadang-kadang disebut sebagai "Versailles Rusia". Selepas makan tengahari, kita akan dibawa ke The Hermitage Museum ia juga dikenali sebagai The Winter Palace. Muzium ni merupakan antara muzium yang terbesar dan tertua sekali di dunia. Kompleks bangunan bersejarah ni merangkumi 6 bahagian utama iaitu Winter Palace, Small Hermitage, Old Hermitage, New Hermitage, Hermitage Theatre and Palace of Embarkment. Selesai lawatan dibawa makan malam di pulang ke hotel. Bermalam di St.Petersburg.

HARI 8: ST.PETERSBURG → MOSCOW (Sapsan Train) → AIRPORT MOSCOW → AIRPORT ASHGABAT (B/L)

Selepas sarapan pagi dan check-out hotel. Kita akan bergerak ke Stesen Keretapi untuk perjalanan ke Moscow. Kita akan menaiki keretapi laju iaitu Sapsan Train untuk ke Moscow. Kita akan bertolak pada jam 0910 dan tiba pada jam 1330. Tiba di Stesen Moscow terus bergerak ke Airport Antarabangsa untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Ashgabat. Berlepas ke Ashgabat pada jam 1940 petang.

HARI 09: AIRPORT ASHGABAT → KUALA LUMPUR (KLIA)

Tiba di Ashgabat pada jam 0150 pagi. Transit sebentar disini sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur. Berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 0615 pagi dan tiba di KLIA pada jam 1705 petang.

  Airlines
  Hotel Accommodation

  Departure Date

07-05-2025 (Wed)

14-05-2025 (Wed)

15-05-2025 (Thu)

  Package Pricing

JELAJAH SALE 2024 - 2025    SAVE RM 0
ADULT TWIN

RM 11,990

RM 11,990

ADULT SINGLE

N/A

CHILD W/BED

N/A

CHILD NO BED

N/A

IMPORTANT NOTES

NOTA PENTING :

  • Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline,
  • Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Pihak Tm Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik.Sekiranya berlaku, pihak Tm Travel tidak memneri jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan gagal mendapat VISA atau perubahan penerbangan.
  • Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Tm Tour Travel boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.
DEPOSIT & TOUR PAYMENTS

SYARAT PENDAFTARAN :

  • Borang Pendaftaran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Passport Bewarna & Jelas
  • Deposit RM1000/seorang
SME 100
SME 100

Amazing Thailand
Amazing Thailand

JNTO
JNTO

Accredited By