U.A.E
6D4N KEMBARA DUBAI
Dubai → Sharjah → Abu Dhabi
Keangunaan Bandar yang Menakjubkan
DAY 1: KLIA → DUBAI SHARAFAH (D)
Berkumpul di KLIA untuk pernerbangan ke Dubai. Setibanya di Dubai, kita akan menuju ke bandar Sharjah yang dikenali sebagai Ibukota Budaya Dunia Arab dan daftar masuk hotel. Pada sebelah petang, kita berkunjung ke Blue Souk dimana seni bina kompleks ini berasaskan jubin biru dan merupakan tempat yang diminati orang tempatan.
DAY 2: SHARJAH → DUBAI (B/L/D)
Aturcara Sharjah hari ini bermula dengan sesi bergambar di Buhaira Corniche disamping menikmati pemandangan waterfront yang indah. Seterusnya kita menuju ke Muzium Tamadun lslam. Muzium ini, dibuka pada 2008, mempunyai lebih daripada 5,000 artifak dari Tamadun lslam. Koleksi termasuk kaligrafi, ukiran, seramik, syiling, kaca, manuskrip, kerja logam dan instrumen saintifik. Selepas itu, bergambar di Bulatan Quran yang merupakan salah satu symbol ikonik bandar Sharjah. Selepas makan tengahari, kita menuju ke Dubai dan bergambar di Dubai Frame: bingkai gambar yang terbesar di dunia. Seterusnya, berkunjung ke Leather dan Carpet Factory untuk persembahan fashion show dan membeli belah.
DAY 3: DUBAI → ABU DHABI → DUBAI (B)
Hari ini, bertolak ke Abu Dhabi untuk lawatan ke Kompleks Ferrari World. Di sini anda berpeluang bergambar dengan kereta mewah Ferrari dan berkunjung ke Kedai Official Ferrari untuk mendapatkan koleksi cenderahati. Seterusnya, kita menziarahi masjid yang terbesar dan terunggul iaitu Masjid Sheikh Zayed. Bersolat dan masa lapang di Plaza Sheikh Zayed. Setelah selesai, kita bergerak pulang ke Dubai dan dibawa mengunjungi Global Village. Global Village merupakan satu pusat tarikan pelbagai budaya yang digemari seluruh dunia.
DAY 4: DUBAI (B/L/D)
Aturcara hari ini akan fokus kepada bandar Dubai yang moden dimana ikon-ikon terunggul dunia di bina di kawasan ini seperti Burj Al Arab di pantai Oumeirah, Dubai Marina, Dubai Walk, The Palm Island dan banyak lagi. Peserta dapat menikmati kemewahan suasana di sini dan berkesempatan melawat Souk Madinat. Kemudian, bertolak balik ke hotel untuk acara seterusnya iaitu Desert Safari dimana anda akan dibawa menaiki deep pacuan empatroda ke padang pasir. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan yang cantik, bermain dan bergambar diatas padang pasir dan seterusnya dibawa ke kem untuk bersantai sambil menikmati persembahan Belly Dance
DAY 5: DUBAI → KLIA (B/L)
Masa lapang di hotel sehingga waktu checkout. Aturcara terakhir kita ialah mengunjungi Kata Lama Dubai. Disana, anda akan mengunjungi KUBU AL-FAHIDI, kemudian menaiki ABRA untuk melintasi sungai ke Souk Emas, Souk Rempah-Rempah dan Souk Naif. Seterusnya, kita menuju ke Dubai hah, kompleks membeli-belah yang berprestij dunia. Di sini anda juga berpeluang bergambar dengan akuarium gergasi, Burj Khalifa; bangunan tertinggi di dunia dan Dubai Fountain yang terbesar di dunia. Selesai sudah acara penggembaraan kita berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke tanahair. Semoga semua membawa pulang kenangan terindah dari UAE.
DAY 6: KLIA
Ketibaan di KLIA.
FLIGHT SCHEDULE
D1 EK347 | KULDXB | 1910-2220 | D1 EK345 | KULDXB | 1015-1320 |
D5 EK344 | DXBKUL | 2130-0840 +1 | D6 EK346 | DXBKUL | 0330-1435 |
Nota: Masa penerbangan tertakluk kepada perubahan sebelum berlepas
Airlines
Hotel Accommodation
Departure Date
06-09-2024 (Fri)
26-10-2024 (Sat)
07-11-2024 (Thu)
14-12-2024 (Sat)
19-01-2025 (Sun)
15-02-2025 (Sat)
Package Pricing
ADULT TWIN
RM 5,999
RM 6,299
ADULT SINGLE
N/A
CHILD W/BED
N/A
CHILD NO BED
N/A
IMPORTANT NOTES
1) Harga diatas adalah harga seorang dalam Ringgit Malaysia.
2) Kanak-kanak Twin Share dengan dewasa adalah bersamaan dengan harga Dewasa.
3) Kanak-kanak adalah berusia 2 - 11 tahun.
4) Minimum 15 penumpang untuk beroperasi setiap perlepasan dan diiringi dengan seorang Ketua Rombongan dari Malaysia.
5) Ulasan rombongan di Dubai adalah berdasarkan bahasa Inggeris. Ketua Rombongan akan menterjemahkan dalam bahasa Melayu.
6) Komisen ejen tertakluk kepada dewasa dan kanak-kanak sahaja.
7) Lanjutan penerbangan dibenarkan dengan surcaj tambahan RM300 (Tertakluk pada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang jika ada). Penting: Permintaan lanjutan penerbangan akan disahkan secara automatik jika tiada perbezaan tambang dikenakan.
8) Pindaan nama selepas tiket (14 hari sebelum berlepas) surcaj RM600.
DEPOSIT & TOUR PAYMENTS
Bayaran:
1) Deposit (non-refundable): RM1,000 seorang
2) Bayaran penuh: 45 hari sebelum tarikh berlepas
3) Tempahan kurang dari 45 hari: Bayaran penuh
CANCELLATION
Caj Pembatalan:
1) Lebih dari 45 hari: Deposit akan dilucutkan
2) 31-44 hari: 50% harga tour dilucutkan
3) 15-30 hari: 75% harga tour dilucutkan
4) Kurang dari 15 hari: 100% dilucutkan